Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Gempa bumi kuat bermagnitud 7.3 di Pulau Sumatera

JAKARTA: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.3 melanda barat Pulau Sumatera, awal pagi tadi.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa bumi kuat itu turut mencetuskan amaran tsunami.

Amaran tsunami itu menggesa pihak berkuasa tempatan untuk segera mengarahkan penduduk di lokasi terjejas supaya menjauhi kawasan pantai dengan serta-merta.

Bagaimanapun amaran itu ditarik balik selepas kira-kira dua jam.

Pusat Seismologi Mediterranean-Eropah pada awalnya menyatakan gempa itu bermagnitud 6.9 dengan beberapa gempa susulan direkodkan kemudian.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Loading...
Terkini