comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa bumi berukuran 6.5 landa Pulau Jawa

JAKARTA: Gempa bumi magnitud 6.5 melanda pantai pulau Jawa di Indonesia pada Sabtu, lapor Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) negara itu.

Gempa itu, yang direkodkan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pada magnitud 6.1, dirasai di ibu kota Jakarta, di mana orang ramai terpaksa mengosongkan bangunan.

Tiada amaran tsunami, menurut BMKG dan USGS melaporkan gempa bumi berlaku pada kedalaman 68.3 kilometer (km).

Indonesia, sebuah negara kepulauan yang luas, sering mengalami gempa bumi kerana kedudukannya di ‘Lingkaran Api’ Pasifik, lengkok aktiviti seismik yang aktif di mana plat tektonik kerap berlanggar, merentasi dari Jepun melalui Asia Tenggara ke lembangan Pasifik.

Gempa bumi berukuran 6.2 yang menggegarkan pulau Sulawesi pada Januari 2021 mengorbankan lebih 100 orang dan menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal.

Pada 2018, gempa bumi berukuran 7.5 dan tsunami berikutnya di Palu, Sulawesi telah membunuh lebih 2,200 orang.

Pada 2004, gempa bumi magnitud 9.1 melanda wilayah Aceh, menyebabkan tsunami dan membunuh lebih daripada 170,000 orang di Indonesia – Agensi

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini