comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa bumi 5.8 pada skala Ritcher landa pulau timur Indonesia

JAKARTA: Gempa bumi cetek berukuran 5.8 pada skala Ritcher melanda sebuah pulau di timur Indonesia hari ini, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Menurut USGS, gempa daratan itu melanda pulau Tapat di Laut Molucca pada kedalaman 10 kilometer pada 10.24 pagi waktu tempatan (0324 GMT).

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan di pulau itu yang mempunyai penduduk sekitar 50,000 orang itu.

Dalam pada itu, agensi meteorologi dan geofizik Indonesia memaklumkan, tiada ancaman tsunami.

Negara kepulauan yang luas itu sering mengalami gempa bumi kerana kedudukannya di ‘lingkaran api’ Pasifik, sebuah lengkungan aktiviti seismik yang kuat di mana plat tektonik bertembung dan memanjang dari Jepun melalui Asia Tenggara dan melintasi lembangan Pasifik.

Gempa bumi berkekuatan 6.2 pada skala Ritcher yang menggegarkan pulau Sulawesi pada Januari 2021 membunuh lebih 100 orang dan menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal.

Pada 2018, gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Ritcher dan tsunami di Palu (Sulawesi) membunuh lebih 2,200 orang.
Sementara pada 2004, gempa bumi berkuatan 9.1 pada skala Ritcher melanda wilayah Aceh menyebabkan tsunami dan membunuh lebih daripada 170,000 orang di Indonesia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini