JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter melanda wilayah Sumatera Utara, Indonesia pada Ahad, lapor agensi meteorologi dan geofizik negara itu, menurut Xinhua.
Gegaran berlaku pada 4.37 pagi waktu Jakarta (2137 GMT Sabtu) dengan pusat gempa terletak 17 kilometer (km) ke barat daya daerah Tapanuli Utara, menurut agensi itu.
Kekuatan gempa bumi tercatat pada III MMI (Modified Mercalli Intensity) di daerah Tapanuli Tengah dan bandar Gunungsitoli. – BERNAMA-XINHUA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.