comscore
Tumpuan :
Dunia

[KEMAS KINI] Gempa bumi 5.6 magnitud landa Nepal, lebih 100 terkorban

Keadaan di kawasan penduduk di Kathmandu selepas dilanda gempa bumi. Foto: Reuters

KATHMANDU: Lebih 100 mangsa terkorban akibat gempa bumi berukuran 5.6 magnitud yang melanda sebuah kawasan terpencil di Nepal, menurut pegawai, awal pagi tadi.

Gempa itu menggegarkan hujung barat negara Himalaya itu, lewat malam tadi, pada kedalaman 18 kilometer (km) berdasarkan ukuran agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Rakaman video dan gambar dikongsikan dalam media sosial menunjukkan orang ramai berusaha menyelamatkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan rumah serta bangunan.

Sejumlah kediaman musnah atau mengalami kerosakan, manakala penduduk yang terselamat dilihat berkumpul di luar dengan bunyi siren kenderaan kecemasan kedengaran bergema.

Gegaran gempa itu dilaporkan dirasai hingga sejauh ibu negara India, New Delhi, yang terletak hampir 500km dari pusat gempa di 42km selatan Jumla. – Agensi

Loading...
Terkini