comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa bumi 5.0 magnitud gegar Bandung, 82 cedera dan 700 bangunan rosak

Foto hiasan

BANDUNG: Seramai 82 mangsa cedera manakala 700 bangunan rosak dalam kejadian gempa bumi dengan kekuatan 5.0 magnitud yang melanda Bandung pada Rabu.

Bencana tersebut turut membatalkan 14 jadual kereta api laju Whoosh dan menunda 11 perjalanan kereta api biasa.

Menurut Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Jawa Barat, Hadi Rahmat, sehingga jam 2 petang semalam, 700 unit bangunan kediaman terjejas akibat gempa tersebut.

“Daerah Bandung mencatat kerosakan paling banyak dengan 491 rumah, manakala daerah Garut mencatat 209 rumah rosak,” katanya kepada sebuah portal antarabangsa.

Menurut media tempatan, selain kediaman, gempa bumi turut merosakkan kemudahan awam seperti sekolah, hospital, pejabat, dan tempat ibadat.

Sehingga kini, 81 orang cedera di daerah Bandung dan seorang mangsa di daerah Garut.

Daripada jumlah tersebut, 59 mengalami kecederaan ringan, manakala 23 lagi mengalami kecederaan serius dan kesemua mangsa telah dipindahkan ke Hospital Bedas Kertasari dan Pusat Kesihatan Bedas.

Gempa bumi yang berpunca daripada peretakan pada satah permukaan bumi itu turut dirasai di beberapa kawasan lain di Jawa Barat, termasuk bandar-bandar seperti Bandung, Cimahi, dan Garut.

Sementara itu, BPBD Jawa Barat masih menilai tahap kerosakan di daerah lain, lapor media tempatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini