Tumpuan :
Dunia

Gempa bumi 4.9 magnitud melanda Kota Bima

Foto hiasan

INDONESIA: Gempa bumi 4.9 magnitud melanda Kota Bima, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Pusat gempa dikesan kira-kira 64 kilometer dari arah timur laut Kota Bima pada kedalaman 11 kilometer.

Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dalam pada itu menasihati penduduk agar sentiasa tenang dan tidak terpengaruh dengan kabar angin.

Penduduk juga dinasihati agar melayari laman infoBMKG bagi sebarang informasi terkini. – ANTARANEWS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini