comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa bumi kuat landa Taiwan, tsunami landa Okinawa, Jepun

Gempa melanda kawasan berhampiran Taiwan. Imej dari Pemantauan Geologi Amerika Syarikat

OKINAWA: Wilayah Okinawa di Jepun dilanda tsunami setelah satu gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud berlaku berhampiran Taiwan.

Sehubungan itu, Agensi Meteorologi Jepun, JMA segera mengarahkan penduduk wilayah Okinawa untuk berpindah sebaik tsunami berlaku.

Menurut laporan, tsunami berketinggian 30 sentimeter mula melanda Pulau Yonaguni pada jam 9.18 pagi waktu tempatan bersamaan 8.18 pagi tadi waktu Malaysia.

Susulan kejadian, gelombang tsunami setinggi tiga meter turut dijangka melanda kawasan pantai tenggara Jepun dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, gegaran turut dirasai di Taipei, ibu kota Taiwan.

Beberapa kawasan antaranya Hualien mengalami gangguan bekalan elektrik sejurus selepas kejadian.

Media Taiwan turut memaklumkan ada penduduk yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di Hualien.

Gegaran turut dirasai di beberapa wilayah di China.

Selain Jepun, Filipina turut mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk berhampiran Lautan Pasifik. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini