Tumpuan :
Dunia

Gempa 6.4 Magnitud Gegar Pulau Sumatera

SUMATERA – Murid di sebuah sekolah Indonesia berdepan detik-detik cemas apabila gempa menggegar Pulau Sumatera, Indonesia.

Kesemua mereka terpaksa dipindahkan ke kawasan yang selamat sebaik gempa berukuran 6.4 pada skala richter melanda.

Gempa dikesan di Kepulauan Mentawai, pada kedalaman 10 kilometer.

Menurut agensi geofizik Indonesia, bencana alam ini bagaimanapun tidak mencetuskan amaran tsunami.

Tiada kemusnahan harta benda atau kemalangan jiwa dilaporkan buat masa ini.

Awal pagi tadi, dua gempa masing-masing berukuran 5.2 dan 5.9 magnitud dikesan pada lokasi yang sama.

Indonesia yang berada dalam ‘Lingkaran Api Pasifik’ menyebabkan ia sering terdedah kepada aktiviti seismik akibat dari perlanggaran plat tektonik.

Loading...
Terkini