comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa 5.6 magnitud gegar Mindanao

Foto hiasan

MANILA: Gempa berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina, hari ini.

Pusat Penyelidikan Jerman untuk Geosains (GFZ), berkata gempa dikesan pada kedalaman 10 kilometer (km).

Namun, Agensi Seismologi Filipina mempunyai bacaan berbeza, mengatakan ia adalah gempa bumi berukuran 5.9 magnitud dengan kedalaman 27 km (16.8 batu).

Menurut agensi terbabit, meskipun menjangkakan tiada kerosakan, namun terdapat kemungkinan berlaku gegaran susulan.

Ekoran kejadian, pasukan penyelamat dalam usaha pencarian puluhan mangsa hilang dalam tanah runtuh sebelum ini di bandar Maco di wilayah Davao de Oro, selatan Filipina terpaksa menghentikan operasi.

Angka kematian akibat tanah runtuh, yang berlaku pada malam Selasa di luar tapak perlombongan emas kini mencecah 28 orang, dengan 77 masih hilang dan 32 cedera, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun yang diselamatkan pada Jumaat selepas 60 jam di bawah runtuhan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini