DUBLIN: Enam penumpang dan enam anak kapal cedera akibat turbulence (gelora udara) dalam penerbangan dari Doha ke Ireland, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Dalam satu kenyataan, Lapangan Terbang Dublin berkata, penerbangan Qatar Airways mendarat dengan selamat seperti yang dijadualkan sejurus sebelum 1 tengah hari (1200GMT) semalam.
“Selepas mendarat, pesawat itu dipenuhi oleh perkhidmatan kecemasan, termasuk polis lapangan terbang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat kami, berikutan enam penumpang dan enam anak kapal (12 keseluruhan) di dalam pesawat melaporkan kecederaan selepas pesawat mengalami gelora udara semasa di atas Turkiye,” tambah kenyataan itu.
“Pasukan Lapangan Terbang Dublin terus memberikan bantuan penuh di lapangan kepada penumpang dan kakitangan syarikat penerbangan.
“Insiden itu berlaku seminggu selepas seorang lelaki warga Britain maut dan ramai yang cedera apabila penerbangan Singapore Airlines dari London mengalami gelora udara teruk. – BERNAMA-dpa
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.