Tumpuan :
Dunia

Gaza, Hamas rai kemenangan meski gencatan senjata didakwa tangguh

Penduduk Palestin berpelukan antara satu sama lain sebelum gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa. – Foto: Reuters

GAZA: Rakyat Gaza dan kumpulan pejuang Hamas terus meraikan kebebasan dan kemenangan mereka meskipun Israel mendakwa gencatan senjata yang dijadual berlangsung pagi Ahad ditangguhkan sementara.

Sambil duduk di atas kenderaan, para pejuang Hamas, sebahagian daripadanya memakai topeng, bergerak melalui sebuah jalan di Gaza, sementara orang ramai bersorak dan mengelilingi konvoi tersebut.

Gencatan senjata yang dijadualkan pada pagi Ahad didakwa tertangguh selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meminta Hamas untuk menyediakan senarai tebusan yang akan dibebaskan.

Namun, Israel menuduh Hamas tidak menghantar sebarang senarai tebusan seperti yang dituntut.

Penangguhan itu juga disahkan oleh jurucakap tentera Israel (IDF), Daniel Hagari dalam satu sidang media khas yang mendesak Hamas untuk memenuhi tuntutan menghantar senarai tebusan yang sepatutnya dibebaskan pada hari pertama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini