GAZA: Tatkala seluruh pelusuk dunia meriah dengan sambutan tahun baharu semalam, Gaza hanya dihujani dengan bedilan bom.
Sekurang-kurangya lima rakyat Palestin terkorban dengan lebih 85% hilang tempat berteduh apabila Gaza diserang bertalu-talu rejim zionis.
Situasi menyaksikan penduduk Palestin bergelut menyelamatkan diri mencari tempat perlindungan daripada menjadi mangsa kezaliman Israel.
Bukan hanya serangan udara, tentera zionis rancak melancarkan operasi darat di Khan Younis.
Terbaru, Israel memberitahu akan mengundurkan tenteranya dari operasi ketenteraan darat buat sementara waktu bagi membuat persiapan untuk pertempuran lain dalam masa terdekat.
Daripada maklumat yang diperoleh, majoriti penduduk Palestin di Rafah kini terpaksa berteduh di dalam khemah dengan cuaca sejuk melampau yang melanda ketika ini.
Orang ramai terpaksa beratur panjang bagi mendapatkan bekalan makanan yang terhad sekaligus mengehadkan mereka makan hanya sekali sehari.
Lebih menyedihkan, rakyat Palestin terpaksa berlapar dan bertahan sehingga dua hari sehingga bantuan makanan tiba.