Tumpuan :
Dunia

Gaza dalam pemulihan, tunjuk perkembangan positif – PBB

GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengakui situasi di Gaza semakin baik.

Menurut Timbalan Penyelaras PBB untuk Asia Barat, Muhannad Hadi, orang ramai mula membersihkan sisa-sisa kemusnahan akibat perang dan kembali membina kehidupan.

Hadi menyatakan kegembiraan ketika memasuki Gaza sepanjang kehidupan profesional dalam bidang kemanusiaan selama 35 tahun.

Jelasnya, memasuki Gaza kali ini memberi suasana benar-benar berbeza berbanding banyak kali memasuki Gaza dalam 10 hingga 11 bulan lalu.

Hadi memberitahu wartawan bahawa perkara paling penting daripada lawatannya ialah penduduk Gaza mahu kembali kepada kehidupan normal tanpa perlu bergantung kepada bantuan kemanusiaan.

Hadi dalam pada itu menjelaskan, PBB mahu memastikan lebih banyak bantuan yang tepat sampai kepada pihak yang sepatutnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini