comscore
Tumpuan :
Dunia

Gangguan siber beri kesan kepada syarikat penerbangan, bank dan firma media

Foto: Reuters

LONDON: Syarikat penerbangan utama Amerika Syarikat (AS) menghentikan operasi penerbangan dengan alasan isu komunikasi, manakala syarikat penerbangan lain, syarikat media, bank dan firma telekomunikasi di seluruh dunia turut melaporkan gangguan sistem terhadap operasi mereka.

American Airlines, Delta Airlines, United Airlines dan Allegiant Air menghentikan penerbangan kurang sejam selepas Microsoft memaklumkan, ia menyelesaikan gangguan perkhidmatan awannya yang memberi kesan kepada beberapa syarikat penerbangan tambang rendah.

Tidak pasti sama ada tindakan menghentikan penerbangan daripada berlepas itu mempunyai kaitan dengan gangguan awan Microsoft sebelum itu.

Di Australia, media, bank dan syarikat telekomunikasi mengalami gangguan, yang menurut kerajaan dilihat berkaitan dengan isu di firma keselamatan siber global Crowdstrike.

Laman web Crowdsourced Downdetector menunjukkan gangguan di beberapa bank dan syarikat telekomunikasi.

Crowdstrike melaksanakan rakaman mesej telefon hari ini apabila Reuters menghubungi sokongan teknikalnya, mengatakan ia sedia maklum mengenai laporan gangguan sistem pengendalian Windows Microsoft yang berkaitan dengan sensor Falconnya, tanpa menyebut Australia.

Tiada maklumat yang menyatakan gangguan itu adalah insiden keselamatan siber, kata penyelaras pejabat keselamatan siber nasional Australia, Michelle McGuinness dalam catatan di X.

Gangguan itu berlaku jauh dan luas, dengan Sepanyol melaporkan insiden komputer di semua lapangan terbangnya.

Ryanair, syarikat penerbangan terbesar Eropah berdasarkan jumlah penumpang pula memberi amaran kepada penumpangnya mengenai potensi gangguan yang dikatakan akan menjejaskan semua syarikat penerbangan yang beroperasi merentasi rangkaian, walaupun ia tidak menyatakan jenis gangguan itu.

Penyedia perkhidmatan awan AWS, dalam kenyataan berkata, ia sedang menyiasat laporan isu sambungan terhadap insiden Windows EC2 dan Workspaces dalam AWS.

Tidak jelas sama ada semua gangguan yang dilaporkan ada kaitan dengan masalah Crowdstrike atau terdapat isu lain yang sedang berlaku. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini