comscore
Tumpuan :
Dunia

Gabungan baharu mungkin selesai kemelut bentuk kerajaan Thailand

BANGKOK: Parti yang kerusi kedua terbanyak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Thailand, Pheu Thai membuat gabungan baharu parti penyokong kerajaan sebelum ini.

Kerjasama dengan sebuah parti sealiran dengan kerajaan dijangka menyelesaikan kebuntuan politik akibat penentangan pihak tentera dan senator pro-raja.

Thailand gagal membentuk kerajaan baharu selepas pilihan raya umum Mei lalu, susulan pemimpin Parti Move Forward (MFP) tidak mendapat undi majoriti melantik Perdana Menteri, dalam sidang parlimen yang turut membabitkan undi daripada senator dilantik oleh kerajaan lalu yang protentera.

Semalam parti Pheu Thai mengumumkan bekerjasama dengan Parti Bhumjaithai, menjadikan mereka memiliki 212 undi dalam parlimen.

Pheu Thai yang memenangi 141 kerusi dalam PRU 14 Mei, berkata parti itu akan mencalonkan usahawan hartanah Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri.

Untuk menjadi Perdana Menteri Thailand, calon perlu mendapat sokongan majoriti daripada 500 ahli parlimen di dewan rakyat dan 250 senator yang dilantik ketika pentadbiran junta di Dewan Senat.

Loading...
Terkini