AFGHANISTAN: Gebenor Wilayah Balkh antara dua terkorban dalam serangan nekad di Afghanistan.
Ia disifatkan serangan berprofil tinggi yang pertama sejak pengambilalihan kuasa kerajaan oleh Taliban.
Lapor media Al Jazeera, serangan berlaku di tingkat dua bangunan pejabat kerajaan di bandar Mazar-i-Sharif.
Mangsa yang juga terkenal dengan perjuangannya menentang kumpulan Daesh dilaporkan baharu sahaja pulang daripada menghadiri pertemuan dengan pemimpin tinggi kerajaan di Kabul.
Jurucakap polis dipetik berkata, setakat ini, mereka tidak mempunyai sebarang maklumat bagaimana penyerang boleh sampai ke lokasi itu.
Serangan itu juga katanya turut mengakibatkan dua lagi individu cedera. – AL JAZEERA