AMERIKA SYARIKAT: Puluhan kediaman dan kenderaan penduduk rosak akibat puting beliung yang melanda Florida.
Visual dan foto amatur menunjukan beberapa kenderaan bertindan selepas diterbangkan angin kuat
Penduduk memberitahu, keadaan pada mulanya hanya seperti ribut biasa.
Namun angin semakin kencang dan puting beliung mula terbentuk menyebabkan sebahagian penduduk cemas.
Dalam pada itu, media tempatan turut melaporkan sekurang-kurangnya 4,000 penduduk terputus bekalan elektrik.
Terdahulu, lebih 11 juta penduduk diletakan di bawah amaran berjaga-jaga susulan ramalan puting beliung.
Lagi cuaca buruk diramalkan di selatan FLorida merangkumi Miami, Fort Lauderdale and West Palm Beach hari ini. – REUTERS / FOXWEATHER