comscore
Tumpuan :
Dunia

Filipina, China capai persetujuan tamatkan konfrontasi di Laut China Selatan

MANILA: Kerajaan Filipina mengumumkan negara itu dan China mencapai perjanjian untuk menamatkan konfrontasi di Laut China Selatan.

Persetujuan itu dicapai selepas beberapa siri pertemuan antara diplomat kedua-dua negara di Manila selain pertukaran nota diplomatik tanpa mengakui tuntutan wilayah.

Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila dalam pada itu menjelaskan kedua-dua pihak mengiktiraf keperluan untuk meredakan keadaan di Laut China Selatan.

Filipina menduduki Second Thomas Shoal yang turut dituntut China sekali gus mengakibatkan pertelagahan kedua-dua tentera laut di beting berkenaan.

Konfrontasi terbaharu berlaku pada 17 Jun lalu apabila tentera China merempuh dan menaiki dua bot tentera laut Filipina bagi menghalang pemindahan bekalan ke pos di BRP Sierra Madre.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini