MANILA : Sebuah feri yang membawa 65 penumpang terbakar di luar wilayah Bohol, Filipina pada pagi tadi, menurut Pengawal Pantai Filipina (PCG).
Jurucakap PCG Armando Balilo berkata M/V Esperanza Star dilaporkan terbakar sekitar 4:30 pagi waktu tempatan (2030 GMT) di perairan Pulau Panglao, lapor Xinhua.
Stesen PCG di Cebu City memaklumkan bahawa tiada kemalangan jiwa akibat kejadian itu dan pihaknya sedang meneliti punca kebakaran. –BERNAMA-XINHUA