Tumpuan :
Dunia

Fasa pertama gencatan senjata Gaza tamat hari ini

Keadaan bangunan di sekitar Gaza, Palestin akibat serangan Israel. FOTO: Reuters

KAHERAH: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dijadual mengadakan rundingan selepas delegasi Tel Aviv pulang dari Kaherah.

Setakat ini, tiada persetujuan untuk melanjutkan gencatan senjata di Gaza.

Hamas mengesahkan Israel berusaha melanjutkan gencatan senjata selama 42 hari yang dipersetujui sebagai fasa pertama.

Hamas ingin beralih ke fasa kedua yang bertujuan menamatkan perang secara kekal.

Perantara dari Mesir dan Qatar meminta lanjutan beberapa hari untuk menyelesaikan kebuntuan.

Perjanjian terdahulu menghentikan pertempuran selama 15 bulan dan membolehkan pertukaran tebusan.

Walaupun begitu, Israel dan Hamas mempunyai perbezaan ketara mengenai isu utama, menimbulkan keraguan terhadap fasa kedua perjanjian.

Rundingan di Kaherah diperantarakan oleh Mesir dan Qatar dengan sokongan AS.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini