comscore
Tumpuan :
Dunia

Facebook, Instagram alami masalah teknikal lebih 2 jam

Facebook dan Instagram mengalami gangguan teknikal selama lebih dua jam dengan aplikasi pengguna log keluar secara tiba-tiba dan tidak boleh diakses semula.

Menurut laman sesawang penjejakan gangguan downdetector.com, lebih 550,000 laporan diterima berhubung gangguan Facebook dan kira-kira 92,000 masalah berkaitan Instagram.

Meta mempunyai 3.19 bilion pengguna aktif harian di seluruh rangkaian aplikasinya termasuk Whatsapp dan Threads.

Papan pemuka statusnya sebelum ini menunjukkan aplikasi Whatsapp Business turut menghadapi masalah.

Bagaimanapun gangguan Whatsapp dan Threads adalah jauh lebih kecil. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini