comscore
Tumpuan :
Dunia

EU gesa siasatan bebas serangan ke atas Pejabat ICRC

GAZA: Kesatuan Eropah (EU) mengutuk serangan rejim Zionis sehingga merosakkan Pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Gaza.

Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell turut menggesa pihak bertanggungjawab mengakibatkan puluhan mangsa terbunuh itu melalui siasatan bebas.

Borrell menegaskan kepentingan melindungi orang awam yang juga kewajipan di bawah Konvensyen Geneva dengan semua pihak terlibat perlu mematuhinya.

Selain itu, gesaan EU untuk akauntabiliti menekankan keperluan mendesak bagi memastikan ICRC dapat meneruskan usaha kemanusiaan dengan selamat.

Organisasi terbabit memainkan peranan penting dalam menyediakan perlindungan dan bantuan kepada penduduk Gaza.

Serangan tentera rejim itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 terbunuh, manakala lebih 40 cedera. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini