MOSCOW: Eropah perlu mempertimbangkan untuk mengikuti langkah Amerika Syarikat mengharamkan TikTok.
Perkara itu disuarakan Menteri Luar Estonia, Margus Tsahkna, selepas mendakwa platform itu menyebarkan maklumat palsu.
Ujarnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita menyaksikan TikTok menyebarkan maklumat palsu dan menjadi platform untuk memanipulasi pilihan raya.
Selain itu, pengumpulan data secara besar-besaran oleh platform ini diketahui menimbulkan risiko keselamatan yang serius sekaligus pengharaman TikTok perlu dipertimbangkan di Eropah.
TikTok tidak lagi boleh diakses oleh pengguna di Amerika Syarikat (AS) dan telah dikeluarkan daripada App Store.
Pada Jumaat, Mahkamah Agung AS sebulat suara mengekalkan undang-undang yang melarang aplikasi perkongsian video milik syarikat China itu atas alasan keselamatan negara.
Sementara itu, Trump memberi bayangan platform berkenaan akan dikembalikan ke Negara Uncle Sam itu sekiranya diberi kepentingan 50 peratus.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.