Tumpuan :
Dunia

Erdogan kecam UNSC gagal hentikan perang di Gaza 

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan. FOTO: Reuters

ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan mengkritik Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) kerana gagal menghentikan apa yang disifatkannya sebagai “genosid” di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

“Apa yang anda tunggu untuk menghalang genosid di Gaza dan menghentikan kekejaman serta kebiadaban ini?,” kata Erdoğan semasa Perbahasan Umum di Perhimpunan Agung PBB di New York pada Selasa.

“Seperti mana Hitler dihentikan oleh perikatan kemanusiaan 70 tahun lalu, Netanyahu dan rangkaian pembunuhnya juga mesti dihentikan oleh perikatan kemanusiaan,” katanya sambil menyamakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan Adolf Hitler.

Erdoğan turut menyokong hak sah rakyat Palestin untuk “melawan” dan menyeru agar Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara yang merdeka.

Erdoğan sebelum ini pernah menyifatkan kumpulan Islam Palestin, Hamas, sebagai “organisasi pembebasan,”. – BERNAMA-dpa

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini