Tumpuan :
Dunia

Enam rakyat Palestin dibunuh tentera Zionis

FOTO: Reuters

QABATIYA, TEBING BARAT: Enam rakyat palestin terbunuh manakala 18 lagi cedera ketika serbuan tentera Israel ke atas Bandar Qabatiya, Tebing Barat yang diduduki semalam.

Menurut Gabenor Jenin, Kamal Abu Al-Rub, empat daripada yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Tentera Israel kemudianya bertindak berundur dari Qabatiya selepas memusnahkan infrastruktur di kawasan itu.

Tiada maklum balas segera diterima daripada tentera Israel, setakat ini.

Keganasan melonjak di Tebing Barat sejak permulaan perang di Gaza, dengan hampir setiap hari pembersihan etnik dilancarkan tentera Israel yang bertindak melakukan ribuan tangkapan.

Selain, pertempuran senjata antara pasukan keselamatan dan pejuang Palestin yang berterusan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini