GAZA: Pengganas Israel seakan belum puas melancarkan serangan genosid dengan bedilan terbaharu menyasarkan Sekolah Al-Jawni yang juga tempat perlindungan di Nuseirat, Gaza membunuh sekurang-kurangnya 14 orang termasuk enam petugas Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA).
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata serangan di Sekolah Al-Jawni dikendalikan UNRWA nyata tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali.
Guterres turut menggesa pencabulan hak asasi manusia serta pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dihentikan segera.
Sementara itu, UNRWA memaklumkan ia kematian tertinggi dalam satu insiden membabitkan kakitangannya.
Sekolah Al-Jawni diserang oleh rejim zionis sebanyak lima kali sejak perang bermula 7 Oktober tahun lalu.
Ia menempatkan ribuan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal dengan kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.