MOST: Enam orang maut apabila sebuah silinder propana-butana meletup di sebuah restoran di bandar Most, barat laut Republik Czech, menyebabkan bangunan itu terbakar.
Menurut perkhidmatan penyelamat kebakaran Czech, insiden itu turut menyebabkan lapan orang mengalami kecederaan.
Seramai 30 orang telah dipindahkan dari restoran berkenaan serta bangunan di kawasan sekitarnya.
Pihak bomba memaklumkan bahawa saksi mendapati sebuah pemanas terbalik, yang menjadi punca kebakaran.
Menteri Dalam Negeri, Vit Rakusan juga berkata punca kejadian kemungkinan disebabkan oleh pemanas propana-butana yang terbalik di taman hadapan restoran.
Bomba telah menyelamatkan seorang pengunjung restoran yang cedera parah dan terperangkap di dalam bilik mandi.
Sekurang-kurangnya 20 pengunjung berada di restoran terbabit ketika kejadian itu berlaku. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.