ITALI: Empat maut dalam kebakaran sebuah hospital di Tovoli.
Kejadian dilaporkan berlaku sejurus sebelum jam 11 malam.
Pasukan Bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
200 pesakit sempat dibawa keluar termasuk ibu mengandung dan kanak-kanak.
Kesemua mangsa kemudian dipindahkan beberapa hospital lain untuk rawatan.
Api berjaya dipadamkan tidak lama kemudian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – REUTERS