comscore
Tumpuan :
Dunia

Empat rakyat Palestin maut angkara rejim zionis

FOTO: TWITTER / X

TEBING BARAT: Tiga rakyat Palestin terbunuh dan lebih 30 lagi cedera berikutan serangan tentera Israel ke atas kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat.

Mangsa keempat dibunuh oleh tentera Israel berhampiran tembok pemisah di Semenanjung Gaza.

Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah, sebahagian daripada mereka yang cedera kini dalam keadaan kritikal.

Tentera Israel menyerbu kem pelarian Jenin dan mengepung sebuah rumah didakwa milik anggota militan Briged Syahid Al-Aqsa.

Dalam satu kenyataan, Briged Al Qassam, sayap bersenjata pergerakan Hamas, berkata pejuangnya kini terlibat dalam perrtempuran dengan unit tentera Israel di dalam kem itu.

Keganasan berlaku selepas Israel mengumumkan lintasan Beit Hanoun yang menjadi satu-satunya laluan keluar dari Palestin kekal ditutup.

Penutupan itu menyebabkan lebih 18 ribu rakyat Palestin dari Gaza tidak dapat mengakses laluan ke tempat kerja mereka.

Loading...
Terkini