MOSCOW : Sekurang-kurangnya empat orang maut apabila paip air panas pecah di sebuah pusat membeli-belah di Moscow pada Sabtu, kata Datuk Bandar, Sergey Sobyanin.
Media Rusia melaporkan bahawa mengikut sumber perubatan, sekurang-kurangnya sembilan orang mengalami lecur teruk akibat kejadian itu.
Perkhidmatan kecemasan mengesahkan, kesemua mangsa yang meninggal dunia adalah pekerja Hypermarket Global Gourmet, yang terletak di tingkat bawah pusat membeli-belah, lapor Agensi Anadolu.
Pasukan penyelamat dan anggota perubatan kini berada di tempat kejadian. – BERNAMA-ANADOLU