Tumpuan :
Dunia

Empat lelaki didakwa curi mangkuk tandas bersalut emas bernilai AS$6 juta

Foto: Reuters

LONDON: Empat lelaki didakwa berhubung kes kecurian sebuah mangkuk tandas bersalut emas bernilai AS$6 juta (RM28 juta} dari Istana Blenheim di luar Oxford di England, lapor Agensi Berita Jerman.

Mangkuk tandas yang dipasang sebagai karya seni di Istana Oxfordshire, tempat kelahiran Winston Churchill itu hilang dalam satu kejadian pada September 2019.

Pada Isnin, Crown Prosecution Service (CSP) berkata pihaknya membenarkan pertuduhan jenayah ke atas empat lelaki itu yang akan hadir di Mahkamah Majistret Oxford pada 28 November ini.

Tertuduh ialah James Sheen, 39, dari Wellingborough, Northamptonshire yang berdepan pertuduhan pecah rumah dan dua lagi pertuduhan.

Selain itu, Michael Jones, 38, dari Oxford, didakwa atas pertuduhan pecah rumah manakala Fred Doe, 35, dari Ascot, Berkshire, dan Bora Guccuk, 39, dari barat London, masing-masing didakwa dengan pertuduhan bersubahat untuk memindahkan harta jenayah.

Loading...
Terkini