![](https://media.buletintv3.my/2023/06/KANAK-HILANG.jpg)
KANADA: Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak maut sewaktu pergi memancing di sungai St. Lawrence dalam wilayah Quebec.
Siasatan awal mendapati, sebelas orang sedang memancing di tebing sungai serta-merta dihanyutkan arus apabila air pasang naik secara mendadak.
Enam daripada mereka berjaya diselamatkan, manakala lima lagi hilang ketika pencarian semalam.
Kesemua mangsa berusia sekitar 10 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri beberapa jam kemudian di pantai kawasan Portneuf-sur-Mer, utara Quebec City.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital namun disahkan telah meninggal dunia.
Seorang lagi lelaki dewasa dalam linkungan 30an masih hilang dan misi pencarian diteruskan dengan menggunakan helikopter selain khidmat penyelam.