Tumpuan :
Dunia

Empat askar maut dalam insiden tembakan di markas tentera di Punjab

Foto: Reuters

NEW DELHI: Empat askar terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah markas tentera di Punjab, India pada Rabu.

Insiden berlaku sekitar pukul 4.30 pagi di Balai Tentera Bathinda, lapor media tempatan, memetik Komando Barat Selatan tentera India.

Kawasan itu telah dikepung dan operasi mencari sedang dijalankan.

“Maklumat awal mengatakan beberapa tentera melepaskan tembakan rambang ke arah orang lain,” kata pegawai kanan polis Bathinda Gulneet Khurana.

Tidak pasti apa yang menyebabkan insiden itu berlaku atau berapa ramai yang terlibat. Bathinda terletak kira-kira 220 kilometer dari Chandigarh. – BERNAMA

Loading...
Terkini