Tumpuan :
Dunia

Empangan di Sepanyol mula kering

FOTO: Reuters

ANDALUSIA: Kekurangan taburan hujan dan peningkatan suhu yang tinggi mengakibatkan empangan air di Andalusia, Sepanyol mulai kering.

Ia sekaligus membawa negara itu kepada krisis bekalan air yang menyukarkan penduduk di beberapa kawasan bagi mendapat bekalan sumber air.

FOTO: Reuters

Empangan Sierra Boyera yang terjejas adalah sumber air bagi lebih daripada 72,000 penduduk di wilayah Córdoba dan kini hampir kehabisan bekalan.

Penduduk kini bergantung kepada penghantaran air harian untuk mendapatkan bekalan air minuman.

FOTO: Reuters

Menurut laman web rasmi hidrografi tempatan, tahap air dalam empangan itu kini hanya pada 0.09 peratus.

Sepanyol mencatatkan suhu paling panas dan kering dalam sejarah pada bulan lalu dan hampir 30 peratus kawasan negara itu kini mengalami darurat, susulan kemarau melampau.

Loading...
Terkini