comscore
Tumpuan :
Dunia

Emirates haramkan alat kelui dan walkie-talkie dalam penerbangan

FOTO: Reuters

DUBAI: Syarikat penerbangan Emirates telah mengharamkan penggunaan alat kelui atau pager dan walkie-talkie di dalam penerbangan mereka susulan insiden letupan kedua-dua alat itu di Lubnan beberapa minggu yang lalu.

Emirates, dalam satu kenyataan rasmi menegaskan semua penumpang yang menaiki penerbangan melalui Dubai dilarang membawa alatan berkenan di dalam bagasi.

“Sebarang alat kelui atau walkie-talkie yang ditemui dalam bagasi tangan atau bagasi daftar masuk penumpang akan dirampas oleh Polis Dubai,” kata kenyataan itu.

Langkah itu diambil beberapa minggu selepas letupan alat kelui dan ‘walkie-talkie’ milik kumpulan pejuang Hizbullah yang berlaku serentak di seluruh Lubnan.

Sementara itu, Lubnan menyalahkan Israel atas serangan terbabit yang mengorbankan 37 nyawa, termasuk kanak-kanak dan hampir 3,000 yang lain cedera.

Sumber keselamatan Lubnan memberitahu CNN bahawa bahan letupan tersebut disembunyikan di dalam bateri lithium alat kelui berkenaan sehingga tidak dapat dikesan.

Sementara itu, Emirates turut mengumumkan penerbangan ke Beirut dibatalkan sehingga 15 Oktober, manakala penerbangan ke Iraq dan Iran turut dibatalkan sehingga 14 Oktober.

Emirates turut memaklumkan perkhidmatannya ke Amman, Jordan, akan disambung semula pada Ahad,

Beberapa syarikat penerbangan lain turut mengambil langkah membatalkan penerbangan ke Beirut dan lapangan terbang lain di rantau ini susulan ketegangan konflik Asia Barat dan serangan berterusan Israel di wilayah itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini