LONDON: Kapal selam yang digunakan untuk membawa pelancong menyaksikan bangkai Titanic dilaporkan hilang di laut Atlantik.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan bagi mencari kapal selam itu bersama anak kapalnya.
Jutawan britain Hamish Harding, 58 tahun, antara yang berada dalam kapal selam berkenaan.
Menurut pengawal pantai Amerika Syarikat, hubungan dengan kapal selam itu hilang kira-kira satu jam, 45 minit selepas ia berlepas.
Syarikat pelancongan OceanGate dalam satu kenyataan berkata, operasi diperhebat bagi menyelamat anak kapal.
Pelbagai agensi kerajaan serta syarikat penyelaman menyertai operasi pencarian.
OceanGate mengenakan bayaran 1.2 juta Ringgit setiap seorang bagi menyertai ekspedisi ke bangkai Titanic.
Ia terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan Saint John’s, Newfoundland.
Kapal selam OceanGate yang hilang itu mampu memuatkan lima orang dengan bekalan oksigen selama empat hari. -BBC