Tumpuan :
Dunia

Ekonomi gawat, Jepun hilang status ekonomi ketiga terbesar dunia

Foto: Reuters

TOKYO: Ekonomi Jepun menyusut pada kadar tahunan 0.4 peratus bagi tempoh Oktober-Disember tahun lalu, lapor Xinhua.

Ini menandakan penguncupan bagi suku kedua selepas penurunan 2.1 peratus dicatatkan pada suku ketiga 2023.

Berdasarkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar, pengeluaran barangan dan perkhidmatan menyusut 0.1 peratus daripada suku sebelumnya.

KDNK nominal Jepun pada 2023, tidak diselaraskan, untuk inflasi, berjumlah 591.48 trilion yen (AS$4.21 trilion).

Angka itu menunjukkan Jepun kehilangan statusnya sebagai ekonomi ketiga terbesar dunia kepada Jerman, yang bersaiz kira-kira AS$4.46 trilion, lapor agensi berita nasional Kyodo.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini