SEOUL: Pelancong asing yang memasuki Korea Selatan kini boleh mengisi kad ketibaan secara dalam talian sehingga tiga hari lebih awal bermula Isnin.
Agensi berita Yonhap memetik kenyataan kementerian kehakiman negara itu memaklumkan, borang ketibaan elektronik baharu, dikenali sebagai “e-Arrival Card”, dijangka mempercepatkan proses saringan serta mengurangkan kesesakan di lapangan terbang
Ia sekali gus dilihat bakal menarik lebih ramai pelancong ke negara itu.
Sebelum ini, warga asing yang memasuki Korea Selatan untuk lawatan jangka pendek, termasuk tujuan pelancongan perlu mengisi kad ketibaan secara manual di lapangan terbang.
Bagi mengelak kekeliruan, kementerian merancang untuk mengekalkan sistem berasaskan kertas sehingga akhir tahun ini selari pelaksanaan sistem elektronik baharu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.