comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Duta Palestin gesa Biden suarakan gencatan senjata Israel

 

NEW YORK: Susulan tragedi terbaharu serangan hospital di Gaza, Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) Riyad Mansour menggesa Presiden Amerika Syarikat Joe Biden meminta Israel menghentikan serangan dan keganasan yang juga tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

Riyad dalam satu siding media tergempar mendesak gencatan senjata serta merta oleh Israel.

Ujarnya, hanya Joe Biden yang boleh bercakap dan meminta Israel hentikan tindakan keganasan ini dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

FOTO: Reuters

Riyad juga meminta Israel membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan secepat mungkin.

Selain itu, arahan agar 2 juta rakyat Palestin dipindahkan dan ada yang ditolak ke Jordan.

Riyad juga meminta perbincangan dan diplomasi politik dimulakan, yang akan menamatkan pendudukan secepat mungkin dan untuk melaksanakan konsensus global mengenai penyelesaian dua negara.

Gesaan itu disuarakan menjelang lawatan Joe Biden ke Israel bagi menunjukkan sokongan kepada rejim zionis itu.

Biden juga dijadual bertemu kumpulan Islam yang memerintah Semenanjung Gaza dan untuk mendengar rancangan Israel yang kononnya akan meminimumkan korban awam.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini