MOSCOW : Duta Iran dan Pakistan akan kembali bertugas hari ini selepas insiden berbalas serangan udara, dron dan peluru berpandu yang berlaku minggu lepas, lapor Sputnik.
Beberapa hari lalu, kedua-dua negara mengumumkan rancangan menyambung semula hubungan diplomatik selepas ketegangan akibat serangan rentas sempadan yang mensasarkan pengganas kembali reda. — BERNAMA-SPUTNIK