NEW YORK: Amerika syarikat , Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara lain termasuk Arab mendesak pelaksanaan gencatan senjata sementara selama 21 hari di sempadan Lubnan-Israel.
Ia berikutan serangan berterusan rejim itu terhadap Hizbullah yang mencetuskan ketegangan di rantau Asia Barat.
Keganasan itu menyebabkan beratus-ratus kematian dan ribuan orang kehilangan tempat tinggal.
Mereka mendesak gencatan senjata perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi membuka ruang untuk rundingan
Dalam mesyuarat tergempar di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Menteri Luar Perancis mengusulkan gencatan senjata tiga minggu bagi membolehkan rundingan berlangsung.
Walaupun, Israel menyatakan sokongan terhadap usaha diplomatik, namun tidak memberi komitmen untuk gencatan senjata.
Mereka menegaskan matlamat memerangi Hizbullah akan diteruskan tanpa sebarang jaminan untuk dihentikan.
Ketegangan berlarutan ini menimbulkan kebimbangan mengenai kestabilan di Asia Barat bagi mengelak konflik lebih besar.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.