comscore
Tumpuan :
Dunia

Dua remaja perempuan lari dari rumah untuk BTS

KARACHI: Dua remaja perempuan Pakistan yang hilang dipercayai mahu ke Korea Selatan untuk bertemu dengan artis kesayangan mereka, kumpulan penyanyi k-pop, BTS akhirnya ditemui selamat di Lahore.

Kedua-duanya yang berusia 13 dan 14 tahun dilaporkan hilang dari kediaman mereka di Korangi.

Rentetan kejadian itu, polis melakukan siasatan di rumah remaja berkenaan dan menemui sebuah diari yang tertulis mengenai perancangan mereka untuk ke Korea Selatan bagi bertemu BTS.

Laporan kehilangan dibuat minggu lalu oleh bapa kepada salah seorang remaja itu yang menyedari mereka tiada di rumah dan gagal ditemui.

Menurut pihak polis, gerakan mencari secara menyeluruh digerakkan serta-merta sehingga pasukan polis Lahore memaklumkan penemuan mereka di bandar itu.

Loading...
Terkini