Tumpuan :
Dunia

Dua pihak bertelagah Sudan dijangka bertemu

FOTO: Reuters

KHARTOUM: Ketua Tentera Sudan, Jeneral Abdel Fattah Al-Burhan dan Komander pasukan separa tentera (RSF), Mohamed Hamdan Dagalo dijangka mengadakan pertemuan dalam tempoh dua minggu lagi.

Agensi Anadolu melaporkan, Timbalan Pengerusi Majlis Kedaulatan, Malik Agar berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk berjumpa dalam tempoh dua minggu lagi dengan melibatkan pihak pengantara.

Pertemuan berkenaan dijangka membincangkan mengenai gencatan senjata dan isu bantuan kemanusiaan.

FOTO: Reuters

Bagaimanapun, tiada sebarang butiran lanjut didedahkan.

Pada Isnin, Presiden Kenya William Ruto berkata, negaranya komited untuk menjadi perantara bagi membolehkan kedua-dua pihak bertemu dalam usaha untuk menamatkan konflik di Sudan.

FOTO: Reuters

Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi dengan baik sejak Oktober 2021, apabila tentera memecat kerajaan peralihan Perdana Menteri, Abdalla Hamdok dan mengisytihar darurat.

Kerajaan peralihan bermula pada Ogos 2019 berikutan penyingkiran Presiden Omar Al-Bashir dan ia dijadual berakhir dengan pilihan raya pada awal 2024.

Loading...
Terkini