Tumpuan :
Dunia

Dua pesawat bertembung di Lapangan Terbang Scottsdale, 1 maut

Keadaan sebuah daripada pesawat selepas insiden di Lapangan Terbang Scottsdale. – FOTO: Reuters

ARIZONA: Sekurang-kurangnya seorang maut, manakala empat lagi cedera dalam nahas pesawat di Lapangan Terbang Scottsdale, Amerika Syarikat (A.S).

Menurut Penyelaras Perancangan dan Jangkauan Penerbangan di Lapangan Terbang Scottsdale, sebuah pesawat bersaiz sederhana bertembung dengan sebuah lagi pesawat bersaiz sama yang sedang diparkir, ketika tiba di lapangan terbang.

Kapten Dave Folio dari Jabatan Bomba Scottsdale berkata pasukan kecemasan sedang berusaha menyelamatkan seorang individu yang terperangkap dalam sebuah daripada pesawat.

Landasan masih ditutup dan pihak berkuasa belum memberikan butiran lanjut mengenai punca nahas.

Kejadian ini berlaku ketika kebimbangan yang meningkat terhadap keselamatan penerbangan di A.S.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) sedang menyiasat tiga nahas udara maut dalam beberapa minggu kebelakangan ini iaitu pelanggaran udara antara sebuah pesawat penumpang dan helikopter Black Hawk milik tentera A.S di Washington, D.C. yang mengorbankan 67 orang, nahas pesawat perubatan di Philadelphia yang meragut tujuh nyawa, serta nahas pesawat di Alaska yang membunuh 10 orang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini