SYDNEY: Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Menurut kenyataan penganjur, seorang kru kapal layar Flying Fish Arctos dan seorang pelayar dari kapal Bowline maut akibat terkena tiang layar kapal masing-masing.
Ketika insiden berlaku, kapal Flying Fish Arctos berada kira-kira 30 batu nautika ke timur/tenggara Ulladulla, manakala Bowline terletak 30 batu nautika ke timur/timur laut Batemans Bay.
Usaha untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa gagal.
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menerusi kenyataan di X menzahirkan ucapan takziah dan menyifatkan kehilangan itu sebagai sesuatu yang menyayat hati.
Penganjur turut memaklumkan bahawa insiden itu kini sedang disiasat oleh polis perairan.
Perlumbaan edisi tahun ini menandakan acara ke-79 sejak ia mula diperkenalkan. – BERNAMA-dp
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.