TEBING BARAT: Dua warga Palestin maut ditembak di kepala dalam pertempuran terbaharu yang dilancarkan tentera rejim zionis ke atas kem pelarian Nur Shams di Tulkarm.
Salah seorang mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pejuang Hamas, yang juga pegawai kanan kumpulan bersenjatanya.
Identiti seorang lagi rakyat Palestin yang maut bagaimanapun belum dikenalpasti.
Kejadian berbalas tembakan itu dilaporkan berlaku sewaktu tentera Israel kononnya membongkar pusat gerakan operasi dan menemui komponen pembuatan bom.
Serangan berlaku di tengah-tengah protes yang diadakan hampir setiap hari di sempadan oleh penduduk Palestin selepas Israel menutup lintasan Erez dari Gaza.
Pergolakan di Tebing Barat sudah berlanjutan lebih dari setahun selain turut menyaksikan Israel turut meningkatkan jumlah serbuannya.
Bukan itu sahaja, serangan pendatang haram Yahudi ke atas perkampungan Palestin semakin berleluasa dengan tindakan mereka turut dilindungi tentera zionis.
| ARTIKEL BERKAITAN