comscore
Tumpuan :
Dunia

Dua maut dalam insiden tembakan di kilang Mercedes-Benz

FOTO: Reuters

SINDELFINGEN: Dua maut dalam insiden tembakan di sebuah kilang Mercedes-Benz di barat laut Jerman.

Suspek yang berusia 53 tahun diberkas oleh pekerja keselamatan sebelum diserahkan kepada polis.

Menurut laman web Al Jazeera, kilang terbabit mempunyai kira-kira 35,000 pekeja.

Suspek dilaporkan masuk ke lokasi dan menembak mati kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 44 tahun.

Siasatan awal mendapati, suspek bertindak sendirian.

FOTO: Reuters

Dalam pada itu, Mercedes-Benz dalam kenyataannya turut menzahirkan rasa simpati ke atas nasib mangsa

Kedua-dua mangsa dan suspek juga disahkan sebagai pekerja perkhidmatan luar kepada syarikat itu. — REUTERS / AL JAZEERA

Loading...
Terkini