Tumpuan :
Dunia

Dua maut, 10 cedera dalam insiden letupan kilang di AS

FOTO: Reuters

KENTUCKY: Dua individu dilaporkan maut, sementara 10 lagi cedera dalam letupan di sebuah kilang pewarna makanan di Kentucky, Amerika Syarikat (AS), pada Selasa.

Syarikat berkenaan, Givaudan Sense Colour menyatakan bahawa letupan itu menyebabkan sebahagian bangunan kilang runtuh sewaktu pekerja masih di dalam bangunan.

Ketua Balai Bomba Louisville, Brian O’Neill, memaklumkan panggilan kecemasan diterima dari orang awam, menyebabkan beberapa jentera dikerah ke lokasi.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa mengambil masa beberapa jam akibat struktur bangunan yang tidak stabil.

Reuters melaporkan kesemua mangsa berjaya ditemui.

Ketika ini, pengoperasian kilang digantung sementara di fasiliti tersebut sehingga penilaian keselamatan selesai dijalankan.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini