comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Dua letupan bom korbankan 103 orang: Iran umum berkabung hari Khamis

 

TEHRAN: Sekurang-kurangnya 103 orang awam terbunuh dalam dua kejadian letupan yang berlaku berhampiran kubur Jeneral Panglima Qasem Soleimani yang terbunuh dan dianggap wira di selatan negara itu.

Susulan kejadian yang turut mencederakan beratus yang lain, pemerintah Iran mengisytiharkan hari Khamis sebagai hari berkabung.

Pengumuman itu dibuat menerusi siaran televisyen kerajaan.

Lokasi pengeboman di mana dua letupan berturut-turut mengenai orang ramai berhampiran Masjid Saheb al-Zaman di bandar Kerman di selatan Iran.- FOTO: Reuters

“Susulan insiden pengganas di Kerman, kerajaan mengisytiharkan Khamis sebagai hari untuk berkabung awam di seluruh negara,” menurut televisyen berkenaan.

“Dua letupan yang berjarak hampir 20 minit antara satu sama lain berlaku dikalangan orang ramai yang hadir ke upacara ulang tahun ke-4 memperingati kematian Qasem Soleimani.” ujarnya.

Beliau terbunuh dalam satu serangan dron Amerika Syarikat pada tahun 2020.

Pegawai tentera Iran mendakwa kejadian didalangi pengganas yang masih belum dikenalpasti.

FOTO: Reuters

Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengucapkan takziah atas kejadian letupan berkembar yang membunuh sekurang-kurangnya 103 orang di Iran berhampiran kubur jeneral Qasem Soleimani.

“Pembunuhan orang awam yang melawat tanah perkuburan adalah mengejutkan dan kejam,” kata Putin dalam surat kepada Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei.-AGENSI

Loading...
Terkini